walkie talkie ;):
Be a girl with a mind, a bitch with an attitude, a lady with class ;D

Sunday, 5 August 2012

i hate flemming

\\Hai
Berape tahun dah aku tak update blog?
Hahaha, aku pun taktau laa ape yg aku busy sangat sampai nk update blog pun tak sempat.

Assalamualaikum.
Ahlan wasahlan ya ramadhan.
Ramdhan dah sampai pertengahannya baru laa aku terhegeh hegeh nak cakap kan?
Tp takpe, asalkan aku still ingat kehadiran ramadhan.
Wohoo~
How bout terawih?
Siapa yg tak pernah tinggal lagi terawih.
*thumbs up*
aku? hihihi
Buat masa ni, aku dah tinggal 3 hari terawih.
Ada laa something yg happen.

Nak tau tak, sepanjang aku tak update blog ni.
Macam2 dah jadi sebenarnya.
Tapi aku sendiri pun dah lupa.
Nak cerita ke apa jadi?
Tak perlulah.
Tapi yang sepanjang tahun ni, 2 org dah pergi tinggalkan kami semua buat selama-lamanya.
Sedih tak ayat?
Tapi aku tak main2, serious tak tipu.

Haaa, sekarang ni aku trial actually.
Tp aku ntah laa.
I feelin nothing.
Bak kata najwa latif 'kosong'
Haish, terok kan aku?

Thanks kepada semua yg wish me luck for trial ni.
Hihihi, terharu pun ada jugak.
Haa, nak cakap ape lagi eh?
Hahahaha, aku dah lost idea.
Tapi serious aku tak suka flemming kat kfc tu.
Mohon dihentikan flemming tu.
Eceh, siapakah aku nak suruh hentikan benda tu?
Kehkeh, aku rindu dengan budak qalisha n madihah.

Siapakah mereka?
Hahaha, mak aku kan babysitter.
Dulu mak aku jaga 2 orang je.
Mula dengan Tuan Daniel sejak mak dia habis pantang sampai dia 3tahun.
Lepastu mak aku tambah sorang lagi Uthman Mahmud.
Klasikkan nama dia?
Tapi takpe, aku panggil dia man je.
Uthman sampai umur dia 2 tahun rasanya.
Aku pun dah tak ingat.
Lepastu mak aku jaga sorang je budak.
Mariam Madihah.
Hihihi, aku panggil madihah.
Mak aku mengasuh dia sampai sekarang.
Umur dia dah nak setahun kod.
Aku pun tak ingat.
Masa umur madihah 8 bulan, mak aku tambah sorang lagi budak.
Nama dia Nur Hanania Qalisha.
Hahaha, qalisha datang time umur dia 8 bulan.
Sebaya dengan madihah.
Serious sejak drpd tu, rumah aku karam.
Yelaa, camne nak jaga budak tengah nak membesar umur sama lagi tu.
Rumah dua orang budak ni seberang rumah aku je.
Bila dorang ada, aku tak boleh nak tido petang sbb dorang mengade.
Bila dorang takde mcm harini kn hari ahad,
aku rindu pulak nak dengar dorang menjerit sana sini.
gambar dorang malas nak transfer la -,-
comel tak. Hihihi xD

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...